Syarat pembelian

Lesen. Satu pembelian = satu lesen untuk seorang, kegunaan live dan video sendiri, maksimum 2 PC milik sendiri. Kunci lesen diaktifkan dalam talian.

Dilarang. Berkongsi, memuat naik atau menjual semula fail atau kunci lesen. Lesen yang dikongsi dibatalkan tanpa pemulangan wang: tiada kemas kini, sokongan atau akses group.

Pemulangan wang. Produk digital: tiada pemulangan selepas fail dihantar, kecuali pakej langsung tidak berfungsi dan tidak dapat dibaiki dalam 7 hari.

Pakej BETA. Pakej bertanda BETA membaca skrin game atau mic dan mungkin perlu kalibrasi mengikut PC anda. Ketepatan di setiap setup tidak dijamin.

Platform. Pakej dijual seadanya. Penjual tidak bertanggungjawab atas sekatan akaun oleh platform, kerosakan PC atau kehilangan data. Nama dan logo permainan serta platform milik syarikat masing-masing.

Data anda. Nama, email dan nombor telefon disimpan untuk rekod pesanan, lesen dan sokongan sahaja.

Kembali ke kedai